Tuesday, August 14, 2018

BAB 1: SEJARAH DAN POLITIK



1.0 PENGENALAN

Kefahaman dan penghayatan terhadap sejarah negara dapat melahirkan rasa cinta terhadap negara. Perjuangan dan pengorbanan enerasi terdahulu untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu dan sejarah pembentukan Malaysia haruslah dihargai oleh generasi kini dan seterusnya.

Usaha membina kejayaan Malaysia harus diteruskan dengan mengekalkan semangat perpaduan, kerjasama dan menjaga kerharmonian antara semua kaum di Malaysia. 



1.1 LATAR BELAKANG SEJARAH AWAL NEGARA 

Bermula sebelum era Kesultanan Melayu Melaka. Pengkajian arkeologi dan sumber sejarah secara bertulis (dari China, India, Yunani, Arab dan Parsi) telah membuktikan bahawa beberapa buah kerajaan awal di Gugusan Kepulauan Melayu.

Terdapat juga penemuan artifak oleh pengkaji arkeologi yang menunjukkan sejarah masyarakat Malaysia seperti di Lembah Bujang (Kedah), Gua Kurong Batang (Perlis), Jenderam Hilir (Selangor), dan Santubong (Sarawak). Antara kerajaan Melayu Awal di Semenanjung Tanah Melayu ialah:

(a) Kerajaan Tun-Sun, Ko-Lo, Pan-Pan di Segenting Kra
(b) Kerajaan Langkasuka di Patani
(c) Kerajaan Chih-Tu di Kelantan
(d) Kerajaan Tan-Tan di Terengganu
(e) Kerajaan Lo-Yueh di Johor
(f) Kerajaan Kedah Tua di Kedah
(g) Kerajaan Gangga Negara di Perak

Pengkajian sejarah juga menunjukkan bahawa kemunculan Kesultanan Melayu Melaka pada awal tahun 1400M merupakan era permulaan sejarah masyarakat Melayu di Tanah Melayu. Sumber bertulis menerangkan sejarah Melayu ialah Sulatus Salatin yang dikenali sebagai Sejarah Melayu atau Hikayat Melayu.



1.1.1 KESULTANAN MELAYU MELAKA

Kesultanan Melayu Melaka merupakan institusi Kesultanan Melayu tertua dalam sejarah Malaysia. Kerajaan Melaka diasaskan pada tahun 1262 Masihi bersamaan 660 hijrah. Namun kebanyakan sarjana sejarah menyatakan Melaka diasaskan oleh Parameswara, iaitu seorang putera raja dari Palembang pada tahun 1400.

                                                                        Parameswara

Parameswara terpaksa mengundurkan diri dari Palembang dan berhijrah ke Temasik (Singapura) apabila negara itu diserang oleh Majapahit. Parameswara serta pengikutnya melarikan diri ke Muar apabila mengetahui bahawa kerajaan Ayudhya, Siam yang menjadi penaung Temasik sedang mengatur serang balas.

Kemudian, Parameswara serta pengikutnya ke Sening Ujong (Sungai Ujong) setelah mendapati Muar tidak sesuai untuk dijadikan penempatan baharu. Akhirnya, Parameswara dan pengikutnya tiba ke perkampungan nelayan di Muara Sungai Bertam, Melaka. 

Asal usul nama Melaka diambil bersempena dengan nama sebatang pokok iaitu "Malaka". Semasa Parameswara dan pengikutnya  berehat di bawah pokok itu setelah penat berburu, baginda menyaksikan peristiwa seekor pelanduk menendang dan mengalahkan anjing perburuannya. 

Pada mulanya, Melaka merupakan sebuah perkampungan nelayan yang kecil dan menjadi tempat persembunyian lanun. Namun, Melaka yang diasaskan oleh Parameswara mula berkembang pesat. Kedudukan Melaka yang stratergik membolehkan Melaka berkembang sehingga menjadi pusat perdagangan utama dan sebuah kuasa yang kuat di Asia Tenggara menjelang abad ke-15.



PEMERINTAHAN

Kesultanan Melayu Melaka dikenali sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai sistem pentadbiran yang tersusun. Sistem pembesar utama yang membantu Sultan dalam mentadbir Melaka ialah Sistem Pembesar Empat Lipatan.



Selain pembesar utama, sistem pemerintahan Melaka dibantu oleh Pembesar 8, 16 dan 32 seperti di dalam rajah yang berikut:-



Melaka menggunakan Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang digubal berlandaskan undang-undang Islam dalam pemerintahan negeri. Penguatkuasa undang-undang tersebut berjaya menjadikan Melaka sebagai negara yang berdaulat, aman dan harmoni. Jadual yang berikut menunjukkan fungsi undang-undang tersebut.




Mereka telah berjaya diperluas empayarnya sehingga ke Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera ketika berada di bawah pemerintahan Sultan Mansur, Sultan Muzaffar Syah dan Bendahara Tun Perak.

 Pahang, Kelang, Kelantan dan Terengganu merupakan negeri taklukan Melaka di Semenanjung Tanah Melayu. Rokan, Siak dan Kampar pula ialah negeri taklukan Melaka di Sumatera.

Kedah dan Perak merupakan negeri yang meminta perlindungan dari Melaka di Semenanjung. Negeri naungan Melaka di Kepulauan Melayu ialah Siur, Buru dan Asahan.




PERDAGANGAN

Kedudukan geografi Selat Melaka yang stratergik telah menjadi pusat tumpuan pedagang-pedagang luar kerana pelabuhan Melaka yang terletak di tengah-tengah laluan (laut) pedagang antarabangsa berperanan menjadi tempat pertemuan antara para pedagang dan benua India dengan benua China. Kedudukan Melaka juga terlindung daripada tiupan angin kencang.

Melaka kaya dengan sumber asli seperti hasil hutan dan sumber galian seperti emas dan bijih timah. Faktor geografi dan kekayaan sumber bumi yang dimiliki membolehkan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan yang terkemuka di Kepulauan Melayu.

Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman keagungan dan keemasan kerajaan Melayu. Mereka digelar " The Venice of the East " kerana menjadi tempat pertemuan perdagangan seluruh dunia pada zaman keemasan Melaka.

Melaka juga menjalankan hubungan diplomatik dengan negara luar seperti China dan Melaka memberi kelebihan kepada Melaka untuk berlindung daripada ancaman Siam.




KEJATUHAN MELAKA

Zaman Kesultanan Melayu Melaka runtuh semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah setelah Melaka diserang oleh Portugis pada tahun 1511. Alfonso De Albuquerque yang mengetuai tentera Portugis berjaya menawan Melaka pada 15 Ogos 1511.

Sultan Mahmud Syah terpaksa melarikan diri ke Muar, Pahang dan akhirnya ke Bintan. Kekalahan Melaka adalah disebabkan dua faktor, iaitu faktor luaran dan faktor dalaman. Faktor-faktor kejatuhan Melaka seperti jadual berikut:-







WARISAN KESULTANAN MELAYU MELAKA 


Kerajaan Johor, Perak dan Pahang merupakan kerajaan yang mempunyai susur-galur perwarisan kerabat diraja Melaka. Kerajaan-kerajaan tersebut juga mewarisi sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka seperti sistem Pembesar Empat Lipatan dan sistem perundangan yang diubah suai daripada Hukum Kanun Melaka. Institusi kesultanan, adat istiadat Melayu, agama Islam dan bahasa Melayu yang diamalkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka diteruskan oleh negeri-negeri tersebut.



KESIMPULAN


Kesimpulannya kejayaan sesebuah Negara sama ada dalam bidang pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan sebagainya terletak di bahu pemimpinnya. Apabila pemimpin kuat maka Negara atau rakyatnya menjadi kuat.Andai pemimpinnya lemah maka runtuh dan rosak binasalah sesebuah Negara.Oleh itu, pemimpin yang berilmu pengetahuan, berwibawa, beragama, berkarisma serta memiliki nilai-nilai murni perlu dilahirkan dalam sesebuah Negara untuk memimpin Negara ke arah kemajuan dan kemakmuran yang lebih kondusif.

RUJUKAN


Kursus DKM 1012 Pengajian Malaysia
(jabatan pengajian politeknik kementerian pendidikan Malaysia)



LAMPIRAN

http://r.search.yahoo.com/_ylt=AwrWnKM3CI1bOTsA9i6WGYpQ;_ylu=X3oDMTBtdXBkbHJyBHNlYwNmcC1hdHRyaWIEc2xrA3J1cmw-/RV=2/RE=1535998135/RO=11/RU=http%3a%2f%2fwww.geocities.ws%2fzaroul15%2fhistory.html/RK=2/RS=Egjz5keZRNYtS4rSPc1D3eCmmYs-







NOOR MAIZURAH BINTI MOHD ROZALI (02DKM18F1182)
NURHANANI BINTI RIZAL (02DKM18F1092)
TENGKU FATIN NUR DIYANAH BINTI TENGKU NORAZHAR (02DKM18F1097)
NURAIMAN SOFEA BINTI LATIB (02DKM18F1037)
NUR NABIHAH BINTI NOORAZNIZAMLY (02DKM18F1027)


No comments:

Post a Comment